Sab. Mei 8th, 2021

MENATAP KEHENINGANMU

MENATAP KEHENINGAN MU

Dalam kesendirianku
masihkah tersimpan khazanah rindu
jauh terdasar lubuk hatimu 
sedangkan aku kini membeku

seperti senja yang berpusara
tapi masih bernyawa
menghirup oksigen semesta
kerana hidup bukan sia-sia

untuk dihabiskan dengan airmata
meratap kehilangan dan luka
pada hanya memudaratkan jiwa
bila kepastian tidak nyata

aku ingin hidup dengan izin Tuhan
menjalani dengan kedamaian
meskipun dalam sunyi
senyum terukir dibibir dan hati

#rehat sejenak di Tasik Indah
asyik bersin saja, kurang sihat.

Cempaka Sari
23 Jun 2818
Kelantan.

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: