Sab. Mei 8th, 2021

MENERUSKAN KEMBARA

MENERUSKAN KEMBARA

Bersamamu yang tetap setia
meredah segala musim
merentas jarak dan masa
selagi dengan izinNya

Kesendirian ini adalah hakikat
telah kemas dan terikat
tak menghiraukan penat
mahupun hati nan sekarat

meneruskan kembara
hatta ke hujung dunia
menghayati kebesaranNya
Tuhanku yang Esa

Ku tetap akan melangkah
takku hirau sejuta payah
Tuhan telah menjadikan tabah
dan kesabaran yang tak goyah

Laila di gurun Sahara.

Cempaka Sari
21 Jun 2018
Kelantan

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: