Sab. Mei 8th, 2021

MENGAPA DAN KENAPA?

MENGAPA DAN KENAPA?

Genre: Puisi Cinta

Sering hati tertanya-tanya 
dan minda mula menafsirkannya
ternyata aku tak mengenalmu
dengan begitu mudah
sebelum dan selepas

seiring masa yang bergulir
sepasang merpati tak pernah mungkir
walau arah ke hulu atau dan hilir
tetap bertemu di gerbang takdir

dan sebuah kenyataan pasti
dalam riuh atau sunyi
kau halimunan yang mengikuti
tak pernah meninggalkan kusendiri
di kembaraku ini

mengapa dan kenapa
jawapan ada di diri kita
hanya kerana, kitalah yang merasa
tetap bersemi walau di musim berbeda
kerana hati ruang yang nyata

Cempaka Sari
21 Jun 2018

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: