Sab. Mei 8th, 2021

Mengenang Kenangan

Mengenang Kenangan
************************

Karya: Chendanabiru

Aku tidak tahu
Mengapa hati mengenang masa lalu
Sedangkan waktu telah banyak berlalu
Dan engkau yang pernah menjadi hasratku
Pernah memiliki raga dan hati
Pernah menyemai berahi di ladang asmara
Masih saja tersimpan indah di album kenangan
Walau luka masih pedih kurasakan

Mengapa begitu sukar melupakan
Padahal mentari dan hujan
Sudah menukar musim
Bunga kelmarin telah mati di ranting
Daun-daun semalam telah mereput
Selebihnya telah dibawa angin terbang

Duhai hati,
Apa yang kau mahu lagi
Dia telah memilih untuk pergi
Meninggalkanku pada sepi
Untuk apa kau terus merindui
Untuk apa harus mengenang lagi
Sedarlah,
Cinta itu telah tiada di sisi
Dan luka ini bukan mimpi

28032018, Dili, 0815am

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: