Sel. Agu 3rd, 2021

PERSEMBAHAN RINDU

Persembahan Rindu
*********************

Karya: Chendanabiru

Sebuah persembahan rindu
Di meja kecil mimpi
Merah membakar rasa
Nyalakan bara asmara

Persembahan pagi yang sederhana
Semarakkan seribu makna
Dari istilah separagraf cinta
Yang sedang kita baca
Dari degup jantung di dada

Meranum dalam damba
Warna saga kesumba
Bagai didih rindu kita
Yang mengalir di pembuluh darah
Hubungkan impuls tanpa lelah
Memicu berahi dan ghairah

Untuk pagi ini
Aku lemas dalam harum ilusi
Bagai nafasmu yang tertinggal di sini
Terkulum dalam bibirku
Lumat dalam sekuntum cumbu

09042018, Dili, 1105am

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: