SEKEPING HATI HANNA oleh Chendanabiru

0
154

SEKEPING HATI HANNA
—————————————

Cerpen

Karya: Chendanabiru


“Aku mencintaimu!” suara Roland keras menendang gegendang telinga Hanna.

“Tapi aku tak mencintaimu, kita sahabat,” Hanna membalas agak geram.

Sudah berbulan-bulan Roland mengganggunya. Anak kacukan Melayu-Inggeris itu tak pernah berputus asa mendekatinya.

“Give me a chance,” suara Roland mengendur.

Hanna mengisyaratkan tidak kepada anak muda yang berkulit putih itu. Roland mengecilkan matanya, tanda marah.

Hanna tidak mahu menunggu lama, Linda sudah menantinya di dalam kereta. Dia berlari meninggalkan Roland yang masih berdiri di situ.

“Well, aku fikir baik kamu terima saja si Roland, wajahnya mirip Brad Pitt, wooww,” ujar Linda sewaktu kereta meluncur membelah jalan.

“Soal hati, bukan boleh dipaksa,” Hanna bersuara sambil menikmati suasana di kiri dan kanan jalan.

“Hmmmm, kau masih mencintai Amri? Come on, dia sudah ada girlfriend di luar negara.”

Katakata Linda membuat hati Hanna kembali sakit. Luka yang baru berusia setahun itu kembali koyak.

“Dont mention him, okay?”

Linda tertawa kecil sambil kembali fokus pada pemanduannya. Dia memasang lagu, seperti biasa lagu kegemaran mereka berdua, Eric Clapton, You Look Wonderful Tonight.

******

“Awal pulang hari ni?” Datin Suzan menyapa anak gadisnya.

Hanna menghenyakkan punggungnya ke atas sofa coklat.

“Mama juga, di rumah? Biasanya malam baru Mama pulang.”

“Mama kurang sihat, tadi ke doktor.”

Hanna bangun dan memeluk Datin Suzan. Sungguh dia merasa bimbang dengan kesihatan mamanya.

“Hmmmm, setujukah dengan cadangan Mama?”

Hanna mengeluh. Taktik lama dipakai mamanya. Dia mendiamkan diri sambil berpura-pura tidak mendengar.

“Mama mahu yang terbaik buat anak Mama.”

Datin Suzan mahu Hanna mengerti. Namun anak perempuannya itu keras hati sekali. Apapun, dia harus memberi waktu untuk Hanna berfikir dengan jernih.

*******

Matanya tidak mahu pejam. Sudah puas Hanna berusaha dan mencari cara. Namun otaknya masih ligat berfikir tentang rencana mamanya. Tidak mungkin dia sanggup dijodohkan dengan Roland. Hanna mendekap bantal, dia tak pernah mencintai laki laki itu.

Sakit yang ditinggalkan Amri masih terasa, namun itu bukan alasan dia menolak Roland. Dia tidak mahu berlaku kejam, tanpa saling mencintai, bagaimana sebuah hubungan bisa survive?

Hanna membalikkan tubuhnya, wajah mamanya bermain di mata. Serba salah. Dia tidak menyangka Roland adalah anak teman sekolah mamanya dahulu. Semuanya menjadi rumit.

Mereka hanya tinggal berdua setelah ayahnya meninggal semenjak lima tahun dulu. Mamanya bekerja keras untuk bisa sukses seperti sekarang. Tidak mungkin juga jika dia harus melukakan hati perempuan setengah abad itu.

Hanna merenung foto di atas meja riasnya, foto dia bersama mama, sungguh mesra. Dalam semua hal mereka berdua saling berkongsi cerita, seperti teman akrab yang saling mengasihi.

******

Suasana pagi itu tidak seceria selalu. Suhanna tidak melihat kelibat Roland. Itu sangat menjadi pertanyaan kepadanya. Biasanya Roland tidak mahu jauh. Ada saja hal yang lakilaki itu bikin untuk menarik perhatiannya

Hingga ke mata kuliah terakhir hari itu, Roland tetap tidak kelihatan. Memang mereka berdua dalam jurusan berbeza, tapi biasanya Roland tidak pernah gagal datang mencarinya.

Hanna menyandang beg dan berlalu dari kuliah. Dia tidak mahu telat pulang ke rumah. Tambahan pula dia harus menemani Linda ke Mall, membeli sesuatu.

“Wajah kau tu, kenapa? Dari tadi mencuka,” Linda bersuara sambil mengerling.

“Tak ada apa, cuma serabut je, Mama asyik desak aku bertunang dengan Roland.”

“U can try, berilah kesempatan untuk diri sendiri.”

“Cinta bukan untuk dicuba-cuba, aku tak suka begitu,” balas Hanna sedikit geram.

Linda diam. Suhanna menikmati instrumental yang berkumandang, Hatinya yang gelisah sedikit terubati.

*******

Hampir jam 12 tengah malam, barulah kelibat Datin Suzan muncul. Hanna menunggu di sofa, dia sudah separuh terlelap.

“Hanna, kenapa belum tidur?”

Datin Suzan menyentuh bahu Hanna. Gadis itu membuka mata.

“Kenapa Mama lambat? Mama kemana?”

“Mama pergi lihat orang sakit.”

“Siapa yang sakit?”

“Tidurlah, sudah malam sangat, esok Mama cerita,” Datin Suzan bersuara sambil menarik tangan Suhanna.

Mereka berdua melangkah ke tingkat atas, ke kamar tidur dan jam sudah menunjukkan angka satu pagi.

******

Hanna mengunyah sandwichnya perlahan-lahan. Sengaja dia menikmati dengan santai. Hari ini kuliahnya bermula jam 10 pagi.

Segelas capuccino panas dihirup sedikit demi sedikit.

Dia memandang mamanya yang sedang sibuk mengemas dapur.

“Siapa yang sakit tadi malam?”

Entah mengapa naluri ingin tahunya membuak-buak. Datin Suzan melepaskan keluhan panjang sambil menatap Hanna lama.

“Roland sakit,” suara Datin Suzan seperti tersekat di kerongkong.

“Oh, patutlah dia tidak kelihatan di kampus semalam. Sakit apa dia?”

Pertanyaan Hanna tidak dijawab segera oleh Datin Suzan.


“Kanser darah,” perempuan berkulit putih dan berdarah kacukan Cina-Melayu lambat-lambat bersuara.

Hanna terperanjat. Sungguh dia tidak menduga kalau Roland menghidap penyakit yang bisa membunuh itu.

Memang dia tidak tahu banyak tentang Roland, apa yang dia tahu, dulu Roland tinggal bersama keluarganya di luar negara. Di Inggeris. Hampir setahun lalu lakilaki itu dan keluarganya kembali ke tanah air. Hal itu juga dia tahu dari cerita kawan kawannya.

*******

Hanna mengenakan baju kurung merah jambu. Hari ini dia mahu mengikuti mamanya menziarahi Roland di hospital. Dia bersimpati dengan keadaan kesihatan sahabatnya itu.

Datin Suzan memakai kebaya biru, sangat sepadan dengan kulitnya yang putih. Mereka berdua bergandingan.

Suzuki swift tenang meluncur, Hanna memandu sambil fikirannya masih tentang Roland.

“Kanser tahap tiga, rupanya orang tua Roland bawa Roland pulang ke sini kerana ini,” tiba-tiba Datin Suzan bersuara memecah hening.

“Maksudnya?” Hanna seakan gagal faham.

“Mereka mahu Roland meninggal dan dikebumikan di sini, menjalani rawatan di sini,” ujar Datin Suzan.

Sungguh sedih Hanna mendengarnya. Sudah pasti orang tua Roland sudah tahu kalau penyakit Roland tidak akan berakhir dengan kesembuhan.

Ruang hospital agak sepi. Biasa untuk hospital specialist yang berharga mahal. Perlahan Datin Suzan membuka pintu bilik yang menempatkan Roland. Hanna mengikuti dari belakang.

“Assalamualaikum,” Datin Suzan memberi salam kepada seorang lakilaki yang duduk di samping katil Roland.

“Waalaikumussalam,” saat menjawab salam, mata lakilaki itu saling menyabung pandangan dengan Hanna.

Dada Suhanna bergoncang hebat. Tangannya terasa dingin. Dia bingung, mengapa Amri harus berada di situ?

Hanna tidak sanggup, dia keluar dari bilik itu. Datin Suzan kaget dengan suasana yang sedang berlaku.

Amri meminta diri, untuk mengekori Suhanna. Dia juga sama sekali tidak menyangka akan bertemu Hanna kembali.

“Hanna!” Amri hampir menjerit, melihat Suhanna yang seakan berlari anak di ruang legar.

Hanna tidak dapat membendung airmatanya, lalu tumpah dengan tidak semena-mena.

Mengingat kembali percintaannya dengan Amri, Suhanna merasa sangat luka. Setelah mengikat hatinya, Amri pergi ke luar negara tanpa khabar berita.

Dia melabuhkan punggung di atas bangku di taman hospital. Mengesat airmata dengan hujung kerudungnya. Hanna cuba menarik nafas dalam-dalam, dia tidak mahu terlalu emosi.

“I’m sorry,” suara Amri menendang gegendang telinga Hanna.

Suara yang bertahun dulu lenyap. Bagai disambar petir yang diam. Tanpa bunyi dan kesan.

Amri menyangka kebelakangan ini Hanna mempunyai hubungan dengan adiknya Roland. Dia mendapat berita itu dari Linda. Malah dia pernah mencari Hanna di kampus, tapi Linda memberitahu kalau Suhanna sedang berpacaran dengan Roland.

Hanna hanya diam. Mendongak pun tidak, dia tidak mahu memandang wajah Amri. Sungguh seandainya bisa, dia ingin menghapus wajah itu selama-lamanya dari ingatannya.

“Sudahlah, tak perlu minta maaf, kita lupakan semuanya, anggap saja kita tidak pernah kenal,” Hanna bersuara dengan tegas.

“Ohhh, ini Amri yang Hanna pernah ceritakan pada Mama?”

Hanna menoleh. Tiba-tiba Datin Suzan ada di antara mereka berdua.

“Dia ini tunangan sahabatmu, Linda.”

Seakan mahu gugur jantung Hanna mendengar kenyataan itu. Barulah Hanna sedar selama ini dia dibohongi dan dipermainkan oleh sahabatnya sendiri.

“Mari kita pulang, Ma,” Hanna mengajak Datin Suzan dengan sebak.

Sesampai di tempat parkir, Hanna melihat Linda baru keluar dari kereta.

Hanna menghampiri, belum sempat Linda berkata apaapa, sebuah penampar hinggap di pipi gadis itu. Hanna mengetap bibir sambil mengesat airmata.

Datin Suzan menghampiri dan memimpin Hanna pergi. Amri mengejar, dia tidak lagi peduli tentang Linda.

Namun, Suhanna juga sudah pasrah. Hatinya terlalu kosong dan hampa. Amri sudah tidak bererti lagi, Roland juga sedang pergi. Dia menggenggam erat tangan mamanya, Datin Suzan. Dia tidak mahu mencantum mimpimimpi semalam kembali. Biarlah hatinya luka untuk kedua kali, dia yakin Tuhan Maha Baik Hati.

10032018, Kuala Lumpur.

Tinggalkan Balasan