Ming. Jun 20th, 2021

SELAMAT TIDUR DUHAI KEKASIH

Selamat Tidur Duhai Kekasih
******************************

Karya: Chendanabiru

Selamat tidur, Sayang
Pejamlah dalam mata bulan
Di sana kan kau temui kenangan
Dan secangkir mimpi di gelas malam

Tidurlah walau tanpaku
Istirahatkanlah rindu
Dan untuk semua airmatamu
Telah kubayar dengan kematian
Semahal harga luka semalam

Tidur dan lupakan
Semua tragedi menyayat hati
Lupakan wajah kekasihmu
Yang pernah merintih
Lupakan aku
Yang pernah menangis

Selamat tidur kekasih
Aku bukanlah yang kau pilih
Telah kau bunuh aku
Dengan belati sedih
Lupakanlah batinku yang menjerit
Terkurung dalam keranda yang sempit

Selamat tidur kekasih…

23042018, dili, 0206am

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: