Kam. Mei 13th, 2021

SEPASANG SAYAP CINTA

SEPASANG SAYAP CINTA

Genre: Puisi Cinta

Dalam pengembaraan aku telah melihat 
sepasang sayap cinta yang rapat
atas rasa dan hakikat
sangat terikat
kuat

walau dengan hanya sebelah sayap
tetap ia tegar melindungi
kerana janjinya suci
hingga akhir
nanti

sepasang sayap cinta yang setia
bertenggek di dahan sama
mengecap suka duka
tangis ketawa
cinta

lalu begitu menyentuh dan terharu
dalam sedar tak sedar
jatuh jua airmata
membasahi pipi
ku

Cempaka Sari
22 Jun 2018
Kelantan.

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: